Pengenalan Kepada YouTube Kids

7 Januari 2020 | Aktiviti Terkini

Pada 6 Januari 2020, Pusat Internet Taman Sepakat Jaya telah mengadakan Kelas Asas ICT dan topik yang dipelajari adalah Pengenalan Kepada YouTube Kids. Kelas ini disertai oleh dua orang peserta iaitu pelajar Sekolah Kebangsaan Pajar Sejingkat, Demak Laut.

Para peserta didedahkan dengan applikasi/website YouTube Kids kerana kandungan nya lebih selamat dan lebih mudah untuk digunakan oleh kanak-kanak yang berumur 11 tahun ke bawah. Selain daripada pengenalan kepada YouTube Kids, mereka juga didedahkan dengan kempen Klik Dengan Bijak iaitu penggunaan Internet secara berhemah.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

 

 

 

Kembali Ke Atas

kembali